KUALA LUMPUR: Pertumbuhan industri pusat data perlu dirancang secara strategik bagi menarik pelaburan berkualiti, memperkukuh ekonomi digital serta memastikan kelestarian tenaga, penggunaan air dan alam sekitar terus terpelihara.
Menerusi platform X, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini berkata beberapa perkara perlu diteliti khususnya cabaran serta kesiapsiagaan infrastruktur, bekalan tenaga dan kecekapan penggunaan sumber.
"Mesyuarat turut meneliti Rangka Kerja Ekonomi Kitaran (RKEK) yang bertujuan memastikan sumber digunakan dengan lebih cekap, mengurangkan pembaziran serta menggalakkan penggunaan semula produk dan bahan selama mungkin sebelum menjadi sisa," kata beliau.









