KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempertimbang pembinaan sebuah universiti awam baharu di Pantai Timur Sabah, khususnya di Tawau bagi memudahkan akses pendidikan tinggi kepada anak muda dari kawasan itu.
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata Sabah ketika ini hanya mempunyai sebuah universiti awam iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan ramai anak muda terpaksa melanjutkan pengajian ke Sarawak atau di Semenanjung Malaysia.
"Kos perjalanan dan perbelanjaan untuk belajar jauh dari kampung halaman boleh membebankan keluarga berpendapatan rendah, juga menjejaskan peluang anak-anak mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.






