SAMARKAND: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, memulakan siri perbincangan dengan negara-negara teras Asia Tengah dalam usaha memperluaskan pengaruh Washington di rantau itu.
Beliau menamatkan lawatan ke Asia tengah pada Isnin sebelum berlepas ke India, sebagai usaha mengukuhkan pengaruh Washington di rantau yang kaya dengan sumber semula jadi serta didominasi China selama ini.
Rubio tiba di bandar bersejarah Laluan Sutera, Samarkand, di Uzbekistan pada lewat Ahad untuk bersiap sedia mengadakan rundingan bersama pegawai-pegawai tertinggi dari Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan, serta tuan rumah, Uzbekistan.
Pertemuan itu menyusul selepas pemimpin kelima-lima bekas republik Soviet itu mengadakan perbincangan dengan Presiden AS, Donald Trump, di Rumah Putih pada November tahun lalu.






