KUALA LUMPUR: Malaysia sedang dalam keadaan siap siaga untuk membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan tanah di negara itu, yang ketika ini mencetuskan jerebu rentas sempadan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Malaysia sebelum ini sudah menawarkan bantuan aset, membabitkan tiga helikopter dan sebuah pesawat Bombardier dengan kira-kira 50 anggota.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, berkata walaupun aset dan jumlah keanggotaan yang ditawarkan itu kecil, berbanding tenaga diperlukan untuk memadam kebakaran itu, Malaysia komited memberikan bantuan berkenaan.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga sudah menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sebagaimana yang kita lihat sekarang ini.









