Kuala Lumpur: Penulis blog Papagomo sekali lagi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Klang, hari ini atas pertuduhan menyebut kata hasutan mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan barat, tiga tahun lalu.

Hakim Siti Aminah Ghazali memutuskan demikian selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap Papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris, 43.

Mengikut pertuduhan, Wan Muhammad Azri didakwa menghasut di Facebook 'Halid Hamidi (Halid Mat Kool)' dan kata-kata itu dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang, di sini, pada 1 tengah hari 8 November 2023.

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama