London: Derek Chisora menganggap karier tinju Fabio Wardley sudah berakhir selepas petinju itu mengalami kekalahan KO ketika perlawanan ulangan menentang Daniel Dubois.
Wardley menjatuhkan Dubois pada pusingan pertama dan ketiga dalam pertemuan mereka pada Mei lalu sebelum tewas menerusi keputusan henti pertarungan pada pusingan ke-11 dalam aksi klasik heavyweight di Manchester.
Namun, dalam perlawanan ulangan yang berlangsung hanya lima bulan kemudian, giliran Wardley, 31, pula dijatuhkan ke kanvas dalam beberapa saat selepas pusingan pertama bermula.
Dubois, 29, tidak melepaskan peluang untuk menamatkan pertarungan pada pusingan kedua apabila pasukan penjuru Wardley dan pengadil bersetuju menghentikan perlawanan.








