New Delhi: Sekurang-kurangnya lapan pekerja maut dan 13 lagi cedera pada Ahad selepas sebuah kereta yang dipandu laju merempuh mereka di bahagian utara negeri Punjab, menurut polis, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku di perkampungan Alisher dalam daerah Sangrur, kira-kira 164 kilometer ke barat daya Chandigarh, ibu kota Punjab.

"Kami dimaklumkan bahawa kereta berkenaan merempuh sebuah motosikal terlebih dahulu sebelum beralih ke arah pekerja terbabit, dengan sebahagian daripada mereka sedang berehat minum air di tepi jalan," kata seorang pegawai polis.

Menurut pihak polis, kira-kira 25 pekerja, sebahagian daripadanya wanita, dilanggar kenderaan berkenaan.