PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan tempoh pengisian markah bagi beberapa pentaksiran persekolahan dalam Sistem Pengurusan Pendidikan Bersepadu (MOEIS) susulan gangguan sesi persekolahan dan pelaksanaan pentaksiran akibat jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini.KPM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, tarikh akhir pengisian markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) dilanjutkan selama seminggu, iaitu daripada 21 November kepada 28 November ini.Selain itu, tarikh akhir pengisian markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) turut dilanjutkan daripada 30 November kepada 5 Disember ini."Dengan pelanjutan pengisian markah ini, diharapkan murid, guru dan ibu bapa serta penjaga akan lebih selesa bagi pelaksanaan proses pengisian markah dalam sistem MOEIS KPM kelak," menurut kenyataan itu. - Bernama
Jerebu: KPM lanjut tempoh pengisian markah UASA, Peperiksaan Akhir Sesi Akademik dan PAJSK

Key takeaways
KPM memperpanjang tempoh pengisian markah UASA, PAT/PASA dan PAJSK kerana gangguan jerebu.
- KPM perpanjang tempoh pengisian markah UASA dan PAT/PASA hingga 28 November.
- Tarikh akhir pengisian markah PAJSK ditunda hingga 5 Disember.
- Pengisian markah diubah suai kerana gangguan sesi persekolahan akibat jerebu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia KPM lanjut tarikh isi markah UASA, PAJSK
- Sinar Harian Jerebu: KPM lanjut tempoh pengisian markah UASA, Peperiksaan Akhir Sesi Akademik dan PAJSK (this story)







