KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 172. Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), tujuh kawasan di Johor turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Tangkak (164), Pasir Gudang (162), Batu Pahat (158), Kota Tinggi (157), Kluang (153), Larkin (153) dan Pengerang (132).Di Selangor, selain Johan Setia, empat kawasan lain turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat, iaitu Petaling Jaya (160), Klang (158), Banting (156) dan Shah Alam (154).Sementara itu, tiga kawasan di Melaka mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Bukit Rambai (168), Alor Gajah (165) dan Bandaraya Melaka (164) manakala di Negeri Sembilan, kawasan Nilai merekodkan IPU 168, diikuti Seremban (164) dan Port Dickson (153).Di Kuala Lumpur, Batu Muda dan Cheras masing-masing mencatatkan bacaan 162 dan 155 manakala Putrajaya mencatatkan bacaan IPU 155. Bagi Pahang, Rompin dan Indera Mahkota, Kuantan masing-masing mencatatkan bacaan 158 dan 149 manakala bagi Perak, Seri Manjung mencatatkan bacaan IPU 115.Sementara itu, tiga kawasan di Sarawak merekodkan tahap tidak sihat, iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah Serian (153), Kuching (152) dan Samarahan (128).Sebanyak 38 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala tiga kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.- Bernama
Jerebu: 27 kawasan catat IPU tidak sihat

Key takeaways
27 kawasan di negara ini mencatatkan IPU tidak sihat, dengan Johan Setia merekodkan bacaan tertinggi 172.
- Johor mempunyai tujuh kawasan dengan IPU tidak sihat, termasuk Tangkak dan Pasir Gudang.
- Selangor mempunyai empat kawasan dengan IPU tidak sihat, termasuk Petaling Jaya dan Klang.
- Melaka dan Negeri Sembilan juga mencatatkan kawasan dengan IPU tidak sihat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM) , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Jerebu: 21 kawasan catat IPU tidak sihat, Batu Pahat tertinggi
- Malaysiakini (BM) Jerebu makin membimbangkan, 38 kawasan catat IPU tidak sihat
- Malaysiakini (BM) 15 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Malaysiakini (BM) Jerebu: 34 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Sinar Harian Jerebu: 27 kawasan catat IPU tidak sihat (this story)








