PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan tarikh pengisian markah bagi beberapa pentaksiran dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (MOEIS) susulan sesi persekolahan dan pentaksiran yang terganggu dengan situasi jerebu.

KPM dalam satu kenyataan berkata, tarikh pengisian markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dilanjutkan dari 21 November kepada 28 November 2026.

“Selain itu, pengisian markah Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) turut dilanjutkan dari 21 November kepada 28 November 2026.

“Bagi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) pula, tarikh pengisian markah yang sepatutnya berakhir pada 30 November dilanjutkan kepada 5 Disember 2026,” katanya hari ini.