PETALING JAYA – Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 172 setakat pukul 9.30 pagi ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Nilai, Negeri Sembilan dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing mencatatkan bacaan IPU 168.

Selain itu, Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan 165, diikuti Seremban, Negeri Sembilan, Bandaraya Melaka dan Tangkak, Johor masing-masing mencatatkan bacaan 164.

Batu Muda, Kuala Lumpur dan Pasir Gudang, Johor pula merekodkan bacaan IPU 162, manakala Petaling Jaya, Selangor mencatatkan bacaan 160.