GOMBAK – Kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun, warga emas berumur 60 tahun ke atas serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta pesara kerajaan bakal menikmati diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan penumpang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, Jemaah Menteri meluluskan pemberian diskaun tersebut sebagai sebahagian daripada pendekatan tambang inklusif dan mesra rakyat.
Menurut beliau, pelajar berusia 13 hingga 24 tahun pula layak menikmati diskaun sebanyak 40 peratus bagi perjalanan menggunakan perkhidmatan ECRL.
Katanya, inisiatif itu bertujuan memperluas akses kepada pengangkutan awam moden yang selesa dan berpatutan, selain memastikan manfaat pembangunan infrastruktur rel dapat dinikmati oleh pelbagai kumpulan masyaraka









