KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terbuka meneliti keperluan membawa latihan kemahiran lebih dekat kepada belia di Matang Guntung, Teluk Intan, Perak termasuk melalui kerjasama dengan agensi tempatan dan penggunaan kemudahan sedia ada yang bersesuaian sebagai lokasi latihan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol berkata, pendekatan itu mengambil kira faktor jarak, pengangkutan dan kos sara hidup yang boleh menjadi antara kekangan kepada belia di kawasan luar bandar untuk mengikuti latihan kemahiran di institusi yang terletak jauh dari tempat tinggal mereka.

Beliau berkata, latihan tertentu boleh dilaksanakan lebih dekat dengan komuniti