PETALING JAYA – “Malaysia tengah tanam semula kelapa sawit baru. Nampak cantik, kemas dan okey je tanpa bakar-bakar.”

Itu perkongsian seorang lelaki yang menunjukkan kaedah penanaman semula kelapa sawit di Malaysia tanpa pembakaran, sekali gus mengelakkan pencemaran udara dan jerebu.

Ia memberi gambaran bahawa kerja berkenaan boleh dilakukan dengan kemas tanpa perlu membakar kawasan ladang.

Menerusi hantaran di media sosial, pengguna dikenali sebagai @Acap_tikitaka itu turut memuat naik video yang memperlihatkan keadaan kawasan penanaman semula kelapa sawit di Malaysia.