LONDON – Warga London yang memainkan muzik atau video dengan kuat daripada telefon bimbit di dalam bas berdepan saman £100 (RM500) sebagai usaha menangani tingkah laku antisosial dalam pengangkutan awam, lapor akhbar London Evening Standard.

Denda tersebut melibatkan perbuatan menghisap vape, membuang sampah atau memainkan muzik tanpa fon kepala.

Tindakan tegas itu memberi implikasi kepada rangkaian bas London yang sibuk dan membawa jutaan penumpang di sekitar ibu kota United Kingdom pada setiap hari.

Masih tidak jelas bagaimana peraturan baharu itu akan dilaksanakan ke atas perkhidmatan Pengangkutan Untuk London (TfL).