KUALA LUMPUR: Juwai IQI menasihatkan pembeli rumah pertama supaya menunggu sehingga Januari 2027 untuk menandatangani perjanjian jual beli sekiranya harga hartanah yang ingin dibeli adalah antara RM500,000 hingga RM750,000.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan teknologi hartanah antarabangsa itu memaklumkan Belanjawan 2027 menaikkan ambang harga hartanah kepada RM750,000 berbanding RM500,000 sebelum ini.

"Sebelum Januari 2027, anda tidak akan menikmati sebarang pengecualian duti setem, tetapi mulai Januari 2027 dan seterusnya anda boleh menjimatkan lebih daripada RM15,500.

|Jumlah itu adalah berdasarkan andaian pinjaman 90 peratus ke atas hartanah bernilai RM750,000," kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari.