PETALING JAYA: Kerajaan akan melancarkan Pelan MediAsas mulai Januari 2027 pada harga mampu milik bagi memastikan kos rawatan lebih terkawal dan mudah dijangka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui pelan itu, bayaran hospital akan ditetapkan mengikut jenis diagnosis dan rawatan.

Katanya, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah usia 55 tahun dibenarkan membayar premium MediAsas menggunakan Akaun Sejahtera.

“Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai kurang 75 pekerja, kerajaan akan mensubsidi premium tahun pertama sebanyak RM200 bagi setiap pekerja, terhad kepada 50 pekerja bagi setiap syarikat.