Perdana Menteri Anwar Ibrahim umum Medi Asas akan dilancarkan mulai Januari 2027. (Gambar Magnific)PETALING JAYA: Kerajaan akan melancarkan pelan perlindungan perubatan kendiri, Medi Asas, mulai Januari 2027 pada harga mampu milik.

Melalui pelan itu, bayaran hospital akan mengikut jenis diagnosis dan rawatan supaya kos lebih terkawal serta mudah dijangka, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Katanya, kerajaan akan mensubsidi premium tahun pertama sebanyak RM200 bagi setiap pekerja, terhad 50 pekerja setiap syarikat, bagi perusahaan kecil dan sederhana kurang 75 pekerja.

"Ini dijangka memanfaat sehingga 200,000 pekerja," katanya ketika membentangkan Belanjawan Persekutuan 2027 di Dewan Rakyat, petang tadi.