KUALA LUMPUR: Berdepan kecaman segelintir pihak yang mempertikaikan kesesuaian Bella Astillah sebagai pasangan hidupnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan tanggungjawabnya sebagai suami adalah memastikan kebahagiaan isteri tercinta itu terus terpelihara.

Syed Saddiq berkata, tindakannya mempertahankan Bella secara terbuka bukan bermakna dia mahu melayan setiap kritikan, sebaliknya memilih untuk bersuara apabila mempunyai peluang dan platform yang sesuai.

Katanya, kritikan terhadap Bella bukan perkara baharu kerana pelakon dan penyanyi itu sudah berdepan kecaman sedemikian sejak tahun lalu.

"Sudah tentu menjadi tanggungjawab saya sebagai suami. Pada masa sama, saya bukan bercakap sesuatu yang tidak benar. Itu fakta dan kebenaran.