PETALING JAYA: Wajah gembira dan lega dapat dilihat di wajah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas sah bergelar suami kepada selebriti, Bella Astillah, pagi tadi.

Syed Saddiq mengakui, walaupun sering berdepan situasi tegang di Dewan Rakyat, namun momen ketika akad nikah disifatkan lebih gemuruh.

“Bila ustaz katakan ‘sah’, itu adalah detik paling penting dan kegembiraan luar biasa itu memang tiada tandingan. Sejujurnya, sebelum ini gementar macam mana pun ketika debat di Parlimen, saya tiada masalah.

“Tetapi tadi, tangan saya memang menggigil gementar. Namun, sebaik sahaja semuanya selesai, rasa gementar itu hilang dan kini saya bersyukur sudah bergelar suami kepada pasangan tercinta, Bella Astillah,” katanya.