PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan bahawa kebebasan bersuara dan mengkritik perlu dilakukan secara beradab serta bertanggungjawab, selain tidak menjadikannya alasan untuk melakukan buli siber.

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa perbezaan pandangan tidak seharusnya membawa kepada gangguan, ugutan, penghinaan, serangan peribadi atau penyebaran maklumat peribadi yang boleh mengancam keselamatan dan maruah individu.

Menurut kenyataan itu, MCMC turut menegaskan bahawa perbuatan sedemikian tidak boleh menjadi normalisasi dalam masyarakat yang menghormati hak bersuara dan nilai saling menghormati.

"MCMC menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menegaskan bahawa setiap kebebasan datang bersama-sama tanggungjawab, khususnya dalam penggunaan media sosial.