KOTA BHARU - Guru yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dua pertuduhan cuai dengan melanggar dua pelajar Tingkatan Satu sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas pada April lalu masih lagi berada dalam keadaan trauma.Bukan itu sahaja, guru berkenaan juga dimaklumkan tidak lagi dapat memandu kereta dan ia diakui oleh suaminya, Abdul.Abdul berkata, dia kini yang akan menghantar dan mengambil isterinya di tempat kerja setiap hari."Saya tidak mahu komen lanjut, isteri akan bersara pada November tahun hadapan dan kini bertugas di JPN (Jabatan Pendidikan Negeri)," katanya ketika ditemui pemberita di Mahkamah Majistret di sini.Terdahulu guru wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dua pertuduhan cuai dengan melanggar dua pelajar Tingkatan Satu sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas pada April lalu.Tertuduh, Sakinah Ismail, 57, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Mohd I’zzat Wan Abdullah.