IMPIAN untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik masih belum menjadi kenyataan buat penyerang prolifik negara, Faizal Saari dan kapten, Muhammad Marhan Mohd. Jalil meskipun sudah 17 tahun menabur bakti bersama skuad hoki kebangsaan.

Kekalahan 1-5 kepada India pada final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bukan sahaja memaksa Malaysia berpuas hati dengan pingat perak, malah menyaksikan peluang untuk mendapatkan tiket automatik ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028) terlepas sekali lagi.

Bagi Faizal, pencapaian mara ke final tetap sesuatu yang positif selepas Malaysia turut muncul naib juara pada edisi 2018

Bagaimanapun, tempoh lapan tahun untuk kembali ke pentas final membuktikan betapa sukarnya usaha mengekalkan momentum dalam persaingan hoki peringkat Asia.