Kebebasan bersuara yang diberikan oleh Universiti Malaya (UM) kepada mahasiswanya menerusi program iFuture 2026 pastinya diterima baik oleh sebahagian besar masyarakat di negara ini.

Perkembangan berlaku ketika kerajaan dalam proses memansuhkan sepenuhnya Akta Universiti dan Universiti Kolej 1971 yang membendung pelajar menyuarakan pandangan mereka dan terikat dengan peraturan tertentu.

Bahkan program iFuture itu sendiri merupakan wadah terbuka pertama yang memberi ruang kepada pelajar universiti memberi pandangan tanpa rasa takut.

Program tersebut adalah anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dan seharusnya diadakan dengan lebih meluas meliputi universiti awam yang lain.