Ahli Parlimen Julutong RSN Rayer berkata kematian dalam tahanan adalah kes serius yang memerlukan campur tangan kerajaan.PETALING JAYA: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menggesa menteri dalam negeri campur tangan dalam kes kematian Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan polis, dengan menuntut siasatan yang telus serta menggantung serta-merta tugas pegawai yang terlibat.
Rayer berkata kejadian itu adalah satu lagi kes kematian dalam tahanan dan ia memerlukan campur tangan kerajaan.
Beliau turut menggesa polis mendedahkan pegawai penyiasat dan semua anggota lain yang terlibat dalam soal siasat terhadap Noorizwan, serta mendedahkan kaedah yang digunakan semasa soal siasat itu.
“Soalan pertama saya ialah: siapa pegawai penyiasatnya? Adakah beliau telah digantung tugas serta-merta?”.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FUmmiUmairahBakhit12_333164.png&w=480&output=webp&q=85&we)