KOTA KINABALU - Dua beranak maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap kontena dalam kejadian di kawasan Jalan Sepanggar di sini pada petang Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, kedua-dua mangsa Mohd Jadi Pelbi, 53, dan anak perempuannya Norfaieza, 24, tersepit di dalam kenderaan selama kira-kira tiga jam sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.Pemangku Ketua Balai Bomba (BBP) Kota Kinabalu Mohd Hannis Mokthar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.31 petang.Katanya, seramai 26 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 25 kilometer dari BBP Kota Kinabalu."Sebaik tiba, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dihempap sebuah kontena."Menurut keterangan saksi, kejadian berlaku ketika sebuah treler sedang menjalankan kerja-kerja mengangkat kontena dari tepi jalan utama Jalan Pelabuhan Sepanggar Bay untuk dimuatkan ke atas treler berkenaan."Bagaimanapun, ketika proses itu, treler dipercayai hilang keseimbangan lalu terbalik bersama kontena berkenaan sebelum menghempap sebuah Toyota Avanza yang sedang melalui jalan tersebut," katanya dalam kenyataan.Mohd Hannis berkata, pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan."Bagaimanapun, operasi tersebut memerlukan bantuan kren daripada syarikat lori berkenaan.Kren dilaporkan dalam perjalanan ke lokasi kejadian."Pada jam 9.21 malam dua kren tiba di lokasi bagi membantu operasi mengangkat kontena yang menghempap kenderaan tersebut dan sebaik berjaya, pasukan bomba bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas."Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya.Katanya lagi, kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya."Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.30 malam selepas memastikan lokasi kejadian selamat," katanya.
Dua beranak maut MPV dihempap kontena

Key takeaways
Dua beranak maut selepas MPV mereka dihempap kontena di Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu.
- Mohd Jadi Pelbi, 53, dan Norfaieza, 24, tersepit dalam kenderaan selama tiga jam sebelum meninggal.
- Kemalangan berlaku apabila treler hilang keseimbangan dan menghempap Toyota Avanza.
- 26 anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian sejauh 25 kilometer dari balai bomba.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Dua beranak maut MPV dihempap kontena (this story)
- Free Malaysia Today 2 beranak maut kereta dihempap kontena terbalik di Sepanggar









