SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan masih belum cukup kuat untuk kembali menjalankan tugas di pejabat selepas pemergian isterinya, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.Dr Mahathir berkata, beliau cuba ke pejabat untuk beberapa hari, namun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan."Sehari dua ini saya cuba ke pejabat tetapi upaya masih belum begitu kuat," katanya dalam kenyataan pada Isnin yang dikongsi melalui Facebook.Pada masa sama, Dr Mahathir mewakili seluruh ahli keluarganya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian Siti Hasmah.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, lebih 25,000 orang dari seluruh negara menziarahi pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali sejak pemergiannya lebih tiga minggu lalu, sebagai tanda penghormatan terhadap jasa dan sumbangan tokoh wanita itu.Anak Allahyarham, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, jumlah pengunjung yang direkodkan dalam tempoh berkenaan disifatkan sebagai satu fenomena yang belum pernah berlaku sebelum ini.Menurutnya, pengunjung yang hadir bukan sahaja dari seluruh negara, malah ada yang datang dari Palembang, Indonesia meskipun tidak pernah bertemu Allahyarham secara peribadi.Mengulas lanjut, Dr Mahathir terharu dengan doa yang tidak putus-putus buat isterinya sehingga kini, sama ada ketika berada di pusara mahupun dari mana-mana sahaja.Beliau turut memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh tersebut terdapat salam yang tidak disambut, lambaian yang tidak dibalas atau ucapan takziah yang masih belum sempat dijawab.Menurutnya, doa dan sokongan yang diterima mengingatkannya untuk terus bersyukur walaupun sedang melalui kesedihan akibat kehilangan insan yang disayanginya."Ia mengingatkan saya, di dalam kesedihan yang begitu memedihkan, supaya saya terus bersyukur kepada ALLAH SWT kerana telah meminjamkan Hasmah sebegitu lama sehingga ke usia saya yang cuma masih tersisa sedikit sebanyak ini," katanya.
'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur ALLAH pinjamkan Hasmah sebegitu lama' - Tun M

Key takeaways
Tun Dr Mahathir mengakui masih lemah untuk kembali bekerja selepas kematian isterinya, Hasmah.
- Tun Dr Mahathir masih belum kuat untuk menjalankan tugas di pejabat.
- Lebih 25,000 orang dari seluruh negara dan luar negara mengunjungi pusara Hasmah.
- Anak Tun Dr Mahathir menyifatkan jumlah pengunjung sebagai fenomena yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD NABIL ALMA AZMAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Dalam kesedihan, Dr M bersyukur Allah ‘pinjamkan’ Hasmah begitu lama
- Sinar Harian 'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur ALLAH pinjamkan Hasmah sebegitu lama' - Tun M (this story)







