Dr Mahathir Mohamad berkata beliau cuba untuk ke pejabat dalam sehari dua tetapi belum cukup kuat. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Tiga minggu selepas kehilangan isteri yang menemaninya selama 70 tahun, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tetap bersyukur kerana Allah memberinya kesempatan hidup bersama Dr Hasmah Ali begitu lama.
Bekas perdana menteri itu berkata kesedihan atas pemergian Hasmah masih dirasai, malah kekuatannya belum pulih sepenuhnya meskipun sudah cuba kembali ke pejabat sejak sehari dua lalu.
“Sehari dua ini saya cuba ke pejabat tetapi upaya masih belum begitu kuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam luahan ringkas itu, Mahathir berkata doa yang terus mengiringi Hasmah, sama ada di pusara mahupun dari mana-mana sahaja, amat menyentuh hatinya.







