Sebelum ini, 300 individu termasuk 12 pemimpin dan penganjur utama kumpulan ajaran sesat, ditahan dalam operasi penguatkuasaan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dan polis. (Gambar PDRM)PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kini dalam proses mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini mengenai penahanan 288 individu yang dikaitkan dengan jemaah Ahmadiyah Qadiani di Sabah pada 31 Mei lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata beliau perlu mendapatkan maklumat terlebih dahulu sebelum dapat memberikan perkembangannya kepada semua pihak berhubung kes berkenaan.

“Nanti kita ambil maklum tentang pembaharuan (kes itu), setakat mana perkembangan kes tersebut sebab ini soalan baharu. Saya kena siasat dahulu dan dapatkan maklumat,” katanya dalam sidang media mengenai Majlis Sama’ Jami’ al-Tirmizi dan al-Syamail al-Muhammadiyyah Peringkat Antarabangsa 2026 di sini hari ini.