KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) akan mencabar kesahihan perintah pembatalan gabungan parti itu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di mahkamah.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga akan memohon supaya pelaksanaan dan segala kesannya ditangguhkan sementara menunggu penentuan mahkamah."PN menggesa Jabatan Peguam Negara menjelaskan tindakan ini berhubung pendirian jabatannya di mahkamah semasa pendengaran permohonan penagguhan PN pada Khamis ini."PN turut akan mengambil tindakan atas semua pihak yang menghina dan belakangkan proses mahkamah," katanya ketika sidang akhbar di Pusat Media Parlimen, di sini pada Selasa.Beliau berkata, parti-parti anggota PN kekal bersatu untuk mempertahankan hak dan mandat rakyat melalui saluran undang-undang serta proses demokrasi.Menurutnya, keputusan membatalkan pendaftaran PN dua hari sebelum pendengaran permohonan menangguhkan notis ketidakpatuhan dan menggantung aktivitinya oleh RoS, menimbulkan persoalan serius tentang tujuan penggunaan kuasa dan penghormatan kerajaan terhadap proses kehakiman."Pada 6 Oktober lalu, RoS menyatakan bahawa isu-isu yang dibangkitkan PN akan dijawab di mahkamah sebelum mahkamah menetapkan pendengaran penangguhan pada 22 Oktober ini setelah Jabatan Peguam Negara menegaskan keperluan pendengaran secara inter partes."PN telah melakukan permintaan bertulis pada 14 Oktober supaya tiada tindakan lanjut diambil sementara menunggu pendengaran tidak dijawab, manakala hujahan peguam negara semalam menyatakan bahawa proses pembatalan 'masih berjalan' tanpa memaklumkan bahawa pembatalan akan dibuat keesokan harinya (hari ini)."Namun, sebelum pendengaran berlangsung pendaftaran PN dibatalkan sehingga keadaan yang menjadi pokok pertikaian berubah secara mendasar," katanya.Ujarnya, kerajaan yang menghormati kedaulatan undang-undang sepatutnya memberikan ruang kepada mahkamah untuk memutuskan permohonan tersebut dan menjelaskan mengapa tempoh dua hari pun tidak dapat ditunggu.Beliau berkata, PN berpandangan bahawa masa dan urutan tindakan itu menimbulkan persoalan serius tentang unsur mala fide dan tujuan politiknya."Notis RoS dikeluarkan pada 22 September 2026, ketika pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diumumkan, disusuli penggantungan keesokan harinya dan pembatalan hanya sebelas hari sebelum penamaan calon."Alasan berhubung mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai 2026 juga bercanggah dengan pendirian bertulis Pendaftar pada tarikh tersebut bahawa Jabatannya 'tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan' sedangkan jawapan terperinci PN ditolak sebagai 'tidak memuaskan' tanpa alasan substantif."Pembatalan ini membawa kesan terhadap jutaan rakyat yang memberikan mandat kepada PN dan parti-parti anggotanya, selain menjejaskan kegiatan politik, harta parti dan kedudukan pemegang jawatan," katanya.Beliau menambah, kuasa pentadbiran yang mempunyai implikasi besar terhadap pilihan rakyat dan proses demokrasi tidak seharu
PN akan cabar keputusan RoS di mahkamah - Takiyuddin

Key points
- KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) akan mencabar kesahihan perintah pembatalan gabungan parti itu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di mahkamah.
- Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga akan memohon supaya pelaksanaan dan segala kesannya ditangguhkan sementara menunggu penentuan mahkamah.
- Menurutnya, keputusan membatalkan pendaftaran PN dua hari sebelum pendengaran permohonan menangguhkan notis ketidakpatuhan dan menggantung aktivitinya oleh RoS, menimbulkan persoalan serius tentang tujuan penggunaan kuasa dan penghormatan kerajaan terhadap proses kehakiman.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NORAFIDAH ASSAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today PN akan cabar pembatalan pendaftaran oleh JPPM, mohon penangguhan
- Harian Metro PN akan cabar keputusan RoS
- Sinar Harian PN akan cabar keputusan RoS di mahkamah - Takiyuddin (this story)








