NCT World Sdn Bhd (NCT), anak syarikat milik penuh NCT Alliance Berhad bekerjasama dengan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) bagi membangunkan dan memperkukuh ekosistem pembuatan robotik di Selangor.Kerjasama itu dimeterai menerusi Memorandum Kerjasama (MoC) sempena SPARK 2026, Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor ke-10, bagi menyokong usaha menjadikan Selangor antara hab robotik dan pembuatan termaju terbesar di rantau ini.Menerusi kerjasama berkenaan, NCT akan bertindak sebagai rakan kongsi infrastruktur perindustrian dengan menyediakan NCT Smart Industrial Park (NSIP) sebagai salah satu pangkalan bagi inisiatif itu.NSIP yang terletak di Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS), merupakan Taman Perindustrian Terurus (MIP) pertama di Malaysia dan akan menyediakan kemudahan kilang kepada pengeluar robotik serta automasi yang mahu memulakan operasi di Selangor.Kerjasama itu turut menawarkan pilihan pemilikan dan penggunaan kilang yang fleksibel kepada pengeluar yang diperkenalkan menerusi inisiatif itu, termasuk pembelian terus, sewa sebelum beli serta pajakan kilang siap bina.Pilihan tersebut bertujuan membantu pengeluar, khususnya pengendali berskala besar, memulakan operasi dengan tempoh dan kos persediaan yang lebih rendah.Sementara itu, Sidec akan memudah cara proses rujukan dan memperkenalkan pengeluar serta pelabur robotik tempatan dan antarabangsa kepada pembangunan perindustrian NCT.Kedua-dua pihak juga akan berkongsi maklumat, sumber dan pandangan industri yang berkaitan bagi menyokong pembangunan serta pelaksanaan inisiatif itu.Kerjasama berkenaan turut menyasarkan penyatuan pengeluar robotik dan automasi, penyedia teknologi, bakat serta pelabur dalam satu ekosistem yang disokong NSIP bagi aktiviti pemasangan, pembuatan dan pameran produk robotik serta automasi.Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan NCT Alliance Berhad, Datuk Sri Yap Ngan Choy berkata, landskap perindustrian kini berkembang pesat dengan robotik, automasi dan pembuatan termaju memainkan peranan semakin penting dalam menentukan daya saing Malaysia pada masa hadapan.Beliau berkata, kerjasama dengan Sidec itu bertujuan menyediakan infrastruktur, fleksibiliti dan persekitaran yang diperlukan pengeluar untuk memulakan serta mengembangkan operasi mereka di Selangor."Selain menyediakan ruang perindustrian, NSIP direka untuk menyokong ekosistem yang membolehkan syarikat teknologi, pengeluar dan pelabur memulakan operasi, mempamerkan keupayaan masing-masing serta berkembang dengan lebih cekap dari Selangor," katanya dalam kenyataan baru-baru ini.Ketua Pegawai Eksekutif Sidec, Yong Kai Ping berkata, kerjasama itu merupakan langkah penting ke arah menjadikan Selangor antara hab robotik dan pembuatan termaju terbesar di rantau ini.Menurutnya, usaha menghimpunkan syarikat teknologi, pelabur dan rakan kongsi infrastruktur perindustrian seperti NCT bertujuan membangunkan ekosistem yang membolehkan pelbagai industri, t
NCT World, Sidec kerjasama perkukuh ekosistem pembuatan robotik Selangor

Key takeaways
NCT World bekerjasama dengan Sidec untuk memperkukuh ekosistem robotik di Selangor melalui NSIP.
- Kerjasama ini dilakukan menerusi MoC sempena SPARK 2026.
- NSIP merupakan MIP pertama di Malaysia dengan kemudahan kilang untuk pengeluar robotik.
- Pilihan pemilikan dan penggunaan kilang fleksibel untuk bantu pengeluar memulakan operasi dengan kos rendah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian NCT World, Sidec kerjasama perkukuh ekosistem pembuatan robotik Selangor (this story)








