KUALA LUMPUR: Penang FC mengakui prestasi mereka dalam lima perlawanan awal Liga Super musim ini masih jauh daripada sasaran sebenar selepas sekadar mengutip empat mata seterusnya terperosok di tangga ke-11 liga.
Siri keputusan hambar itu menyaksikan skuad Harimau Kumbang hanya mencatatkan satu kemenangan dan satu keputusan seri, manakala gawang mereka sudah dibolosi lapan kali dan sekadar meledak empat gol setakat ini.
Jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail menyifatkan langkah sumbang dalam dua perlawanan terawal menjadi punca utama skuad bimbingannya berdepan kesukaran untuk membina momentum awal kempen.
"Pada saya, ia tidak mencapai apa yang kami kehendaki kerana kami gagal untuk mendapatkan sebarang mata dalam dua perlawanan pertama berdepan DPMM FC dan Sabah FC.








