KUALA LUMPUR: Wakil rakyat pembangkang hari ini mencadangkan supaya

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dikaji semula dengan mengecualikan berpendapatan tinggi.

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PAS-Besut), berkata langkah berkenaan penting bagi memastikan peruntukan kerajaan disalurkan kepada golongan yang lebih memerlukan.

"Adakah semua penerima dalam kumpulan besar ini benar-benar memerlukan bantuan terbabit? Saya cadangkan nilai tersebut disalurkan terus kepada tabung makanan, bantuan persekolahan atau dana sokongan kepada M40 rentan.