KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebagai peringatan kepada mana-mana pihak yang memimpin sebuah gabungan politik supaya bertindak adil terhadap semua parti anggota.
Sebagai pengasas PN, Presiden BERSATU yang mengakui berduka atas keputusan itu turut menegaskan bahawa pihak berkenaan juga hendaklah sentiasa mematuhi perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966.
"Jangan salah guna kuasa dan kedudukan semata-mata untuk kepentingan parti atau kelompok tertentu sehingga menyebabkan parti atau kelompok tertentu sehingga menyebabkan parti gabungan tergelincir daripada tujuan dan matlamat asal penubuhannya," katanya melalui kenyataan hari ini.







