KUALA LUMPUR: Keputusan menutup sekolah susulan situasi jerebu di negara ini akan ditentukan menerusi perbincangan bersama tiga kementerian berdasarkan kepakaran masing-masing.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, selain Kementerian Pendidikan (KPM), dua lagi membabitkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan pemantauan kualiti udara dan aspek kesihatan bagi memastikan keselamatan murid serta warga sekolah terjamin.
"Dari semasa ke semasa, ketiga-tiga kementerian ini akan berbincang dan menilai keadaan berdasarkan perkembangan semasa.






