KUALA LUMPUR: Ekosistem syarikat pemula niaga Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan yang kukuh, mencerminkan nilai syarikat tempatan yang meningkat dan memperkukuh aspirasi negara untuk menjadi hab syarikat pemula niaga global yang terkemuka menjelang 2030.
Bercakap pada majlis penutup KL20@Kuala Lumpur 2026 di The Campus semalam, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata pembangunan ekosistem syarikat pemula niaga Malaysia yang berterusan dan peranan KL20 menjadi faktor penting dalam menyokong pertumbuhannya.
"Dengan ekosistem syarikat pemula niaga Malaysia yang bernilai lebih RM200 bilion, kita sedang membina momentum yang kukuh ke arah mencapai sasaran RM400 bilion menjelang 2030.






