KUALA LUMPUR: Nilai syarikat pemula niaga (startup valuation) Malaysia mencecah RM202.64 bilion melibatkan 5,016 syarikat berdaftar sejak pelancaran inisiatif KL20 pada 2024, namun cabaran seterusnya adalah memastikan pertumbuhan ekosistem itu diterjemahkan kepada penciptaan pekerjaan berkualiti, pengembangan perniagaan dan manfaat ekonomi yang lebih meluas.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pencapaian itu direkodkan susulan pelaksanaan inisiatif KL20, yang turut menyaksikan kira-kira RM51 bilion pelaburan disalurkan ke dalam ekosistem startup dalam tempoh dua tahun.

Menurutnya, perkembangan itu menjadi asas penting untuk memperkukuh keupayaan syarikat tempatan mengembangkan operasi, menembusi pasaran baharu dan mengkomersialkan inovasi yang mampu menjana nilai ekonomi.