Kuala Lumpur: Penyanyi, Zizi Kirana meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki dan bakat untuk menyanyikan pelbagai genre lagu sepanjang terbabit dalam industri muzik tanah air.
Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, sebelum ini dia pernah mencuba pelbagai genre termasuk tradisional, pop, balada, qasidah dan hip-hop.
Bagaimanapun, Zizi menyedari peminatnya lebih gemar untuk mendengar sisi muziknya menerusi genre hip-hop.
"Alhamdulillah, sebenarnya Allah bagi saya, orang kata, pinjamkan saya bakat yang saya boleh nyanyikan pelbagai genre.









