KUALA LUMPUR: Kedudukan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat menjadi tanda tanya susulan kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung pembatalan pendaftaran gabungan itu.

Perkara itu dibangkitkan Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang meminta penjelasan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenai kedudukan Ahli Parlimen PN susulan perkembangan berkenaan.

“Jadi kita nak tahu, kita nak dapat sedikit petunjuk daripada Tan Sri Speaker. Macam mana kedudukan mereka ini?” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Johari meminta Ahli Parlimen berkenaan mengemukakan sebarang persoalan berkaitan Peraturan Mesyuarat selepas sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.