Speaker DUN Sarawak Asfia Awang Nassar berdepan kritikan daripada Adun Pending Violet Yong selepas Chong Chieng Jen digantung daripada sidang DUN.PETALING JAYA: Adun tidak sepatutnya turut memegang peranan Ahli Parlimen pada masa sama, kata Speaker DUN Sarawak Asfia Awang Nassar hari ini susulan pertikaman lidah berhubung penggantungan Ketua Pembangkang Chong Chieng Jen.
Pertikaian itu tercetus selepas Adun DAP mewakili Pending, Violet Yong, menyifatkan tindakan Asfia mendakwa Chong sengaja memilih untuk tidak menghadiri persidangan sebagai tidak adil.
Beliau berkata, Asfia 'sangat faham' Chong, yang juga Ahli Parlimen Stampin, berada di Dewan Rakyat atas urusan Parlimen, namun Asfia tetap membenarkan usul terhadapnya di DUN diteruskan.







