Rosli Dahlan berkata, Menteri Besar Ismail Lasim patut dituduh kerana membuat laporan polis palsu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim patut meletak jawatan selepas beliau ditegur secara terbuka oleh pemerintah negeri hari ini, menurut seorang peguam.
Rosli Dahlan berkata, teguran oleh Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mendedahkan Ismail sebagai seorang 'pengkhianat', dan pengkhianatan ialah dosa besar dalam Islam, salah satu sifat munafik yang tidak melayakkan seseorang memegang jawatan awam.
"Letak jawatan dan bertaubat – paling tidak, ini yang Ismail boleh lakukan untuk menebus maruahnya," kata Rosli kepada FMT.
Rosli mendakwa Ismail 'tanpa segan silu' mengangkat sumpah jawatan menteri besar di hadapan Tuanku Muhriz pada 2 Ogos, kemudian menandatangani proklamasi yang dibuat beberapa bulan sebelumnya untuk melucutkan Tuanku Muhriz daripada takhta.







