KUALA LUMPUR - Seorang bekas wartawan mengesahkan dirinya akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini pada Rabu.Ini bagi membantu siasatan berkenaan dakwaan kes pengedaran dadah berhampiran balai terbabit pada tahun 2016 yang dikongsikannya dan tular menerusi sebuah program audio siar (podcast).Azrul Affandi Sobry berkata, ini adalah prosedur biasa pihak polis melaksanakan siasatan dan dirinya diminta hadir pada jam 12 tengah hari."Ini normal....mana-mana dan apa juga kenyataan secara terbuka, polis akan panggil, itu normal. Saya sendiri (sebelum ini) juga pernah dipanggil ambil keterangan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Jelasnya, masyarakat usah membuat kenyataan berkaitan perkara ini yang berbaur penghinaan kepada pihak berkuasa.Katanya, apabila ada perkara berbangkit, sudah pasti pihak polis akan memanggil untuk diambil keterangan."Saya nasihatkan orang ramai, ini normal prosedur (polis). Terima kasih pada masyarakat yang prihatin kepada saya."Apa pun berpada-pada (membuat komen). Usah sampai hina, kecam pihak polis," ujarnya.Sebelum ini, video audio siar berdurasi dua minit 30 saat berkaitan isu tersebut dimuat naik menerusi satu akaun TikTok dan tular Ahad lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, video berkenaan memaparkan dakwaan mengenai kes pengedaran dadah berhampiran sebuah balai polis di Sentul, sekali gus mendorong polis menjalankan semakan.Hasil semakan mendapati, kejadian yang dibangkitkan dalam 'podcast' berkenaan berlaku pada 12 Julai 2016 dan tiga laporan polis berkaitan kejadian diterima ketika itu.Kata Fadil, semakan lanjut mendapati, kandungan podcast itu adalah penceritaan semula pengalaman seorang tetamu dalam bidang kewartawanan yang berlaku pada tahun berkenaan.
Podcast dakwaan kes edar dadah: Bekas wartawan dipanggil polis esok

Key takeaways
Bekas wartawan akan dipanggil polis untuk membantu siasatan kes edar dadah tahun 2016 yang didakwanya melalui podcast.
- Bekas wartawan Azrul Affandi akan dipanggil polis pada Rabu untuk diambil keterangan.
- Siasatan berkenaan dakwaan kes edar dadah berhampiran balai polis pada 2016.
- Azrul menasihati orang ramai agar tidak membuat kenyataan yang menghina pihak berkuasa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Bekas wartawan perlu bantuan
- Berita Harian Lelaki didakwa edar lebih 2kg dadah zombi
- Utusan Malaysia Bekas pemain bola sepak didakwa edar 72kg kanabis
- Harian Metro Edar dadah, lelaki dipenjara 30 tahun
- Sinar Harian Podcast dakwaan kes edar dadah: Bekas wartawan dipanggil polis esok (this story)







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F08%2F398186c9cd3ad7b88a8bb2cecd34ff72.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)