Ayer Keroh: Bekas penghantar p-hailing terlepas hukuman gantung apabila dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah mengedar 684 gram dadah methamphetamine, lima tahun lalu.

Hakim Datuk DJP Suria Kumar menjatuhkan hukuman terhadap Muhammad Nadhir Zailany, 31, selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Menurutnya, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah berdasarkan keterangan saksi dan bukti yang dikemukakan sepanjang perbicaraan.

"Pembelaan membangkitkan beberapa isu, termasuk kegagalan pendakwaan memanggil individu dikenali sebagai 'Hafiz' yang didakwa tertuduh sebagai pemilik sebenar dadah berkenaan.