PETALING JAYA – “Sebelum menghakimi pasukan orang lain, tak perlu tegur anak kecil dengan kasar.”

Demikian kenyataan aktor Indonesia Rizky Billar selepas pelakon Izara Aishah mengeluarkan dakwaan pasukan isterinya bersikap sombong baru-baru ini.

Tampil bersuara, Rizky turut mempersoalkan perbuatan pasukan pengurusan Izara yang mula bertindak kasar terhadap anaknya.

“Mengatakan pasukan kami tidak ada etika atau adab? Awak boleh verifikasi bahawa itu benar pasukan saya atau kawan yang saya jemput?