Pasir Puteh: Sepasukan anggota polis bersama pencinta haiwan malam ini mengambil beberapa ekor kucing dari kediaman keluarga suspek yang videonya tular melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas binatang itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob berkata tindakan itu bagi menjamin keselamatan haiwan berkenaan susulan suspek ditahan jam 10 pagi tadi.

Katanya, kucing yang disyaki terbabit dalam perbuatan itu pula sudah diambil dan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk pemeriksaan lanjut.

"Polis juga masih menyiasat status suspek yang didakwa mempunyai masalah mental. Buat masa ini kami belum dapat pengesahan daripada pihak doktor dan kad perubatannya.