KUCHING: Borneo Digital Capital Fund PLT melancarkan dana RM100 juta bagi membiayai pembangunan infrastruktur digital, bandar pintar dan kecerdasan buatan di Sarawak, sekali gus membantu merealisasikan projek teknologi yang berdepan kekangan kos permulaan.
Dana berkenaan dilancarkan pada 16 Oktober 2026 dalam majlis yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sarawak, Timothy Ong Wye Ern, menurut kenyataan media Borneo Digital Capital.
Kenyataan media itu memaklumkan dana berkenaan diwujudkan bagi menyokong sasaran Sarawak mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM282 bilion atau pertumbuhan tahunan lapan peratus menjelang 2030.
Dana berkenaan akan diuruskan Aureus Strategies PE Sdn Bhd, yang diperkenalkan oleh Borneo Digital Capital sebagai syarikat ekuiti persendirian berlesen.








