KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) setakat ini tidak membuat sebarang persetujuan atau komitmen untuk memberikan sokongan pembiayaan kepada AirAsia Bhd, sama ada dalam bentuk jaminan, pinjaman atau suntikan dana awam.

Kementerian itu memaklumkan sebarang permohonan sokongan kerajaan, daripada mana-mana syarikat dalam apa jua sektor, dipertimbangkan berdasarkan kepentingan negara dan rakyat, kemampanan fiskal serta perlindungan dana awam, selaras dengan undang-undang dan prosedur yang berkuat kuasa.

Kerajaan tidak akan mengulas sebarang spekulasi atau angka yang dilaporkan oleh media, agar tidak menjejaskan pasaran serta kepentingan pekerja, pelanggan dan pihak berkepentingan lain bagi syarikat berkenaan.