Kuala Lumpur: Jumlah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kepada penerima yang layak mencecah hampir RM11 bilion sehingga September 2026.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF), setakat bulan lepas, sebanyak RM3.6 bilion telah disalurkan kepada penerima STR melalui tiga fasa bayaran.
Kementerian itu menjelaskan bahawa kerajaan sentiasa memastikan peruntukan STR dan SARA sebanyak RM15 bilion bagi 2026 memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan kumpulan rentan.
"Pada tahun ini, hampir sembilan juta rakyat layak menerima SARA secara bulanan, manakala STR disalurkan secara suku tahunan kepada isi rumah dan warga emas yang layak.








