Kuala Lumpur: Umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan diseru melakukan solat hajat dan berdoa selepas solat Jumaat agar Masjid Al-Aqsa di Palestin dilindungi daripada pencerobohan manakala Malaysia pula terhindar daripada musibah akibat bencana jerebu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata jabatan itu menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar setiap masjid melakukan solat hajat selepas solat Jumaat dan membacakan doa khusus bagi tujuan berkenaan.

Beliau berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh pelaksanaan titah baginda dan menyeru umat Islam memohon agar Masjid Al-Aqsa sentiasa dipelihara daripada sebarang bentuk pencerobohan serta kezaliman.