RIYADH – Seorang lelaki berusia 46 tahun dari Hyderabad, Mohammad Yousuf Ali terbunuh dalam serangan misil Houthi di Lapangan Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh ketika dalam perjalanan untuk menunaikan umrah, demikian menurut pihak berkuasa tempatan dan laporan keluarga seperti dipetik laman berita The News Mill hari ini.

Beberapa ahli keluarganya yang lain turut cedera apabila serangan dilaporkan menyebabkan bumbung terminal lapangan terbang runtuh.

Keluarga berkenaan sedang dalam perjalanan ke kota suci Madinah dan menunggu di terminal lapangan terbang semasa kejadian.

Yousuf Ali maut akibat kecederaan yang dialaminya. Isteri mangsa, Sameera dan anak perempuan mereka, Maryam dilaporkan selamat.